Tuesday, November 18, 2014

Masak Campakcampak

Rajin pulak nak share beberapa masakan yg I biasa masak. Senang2 jer semuanya.. campak campak campak. Tara siapppppp.






Sotong Masak Halia

Bahan-bahan
*bawang merah dalam 3-4 ulas
*bawang putih 2-3 ulas
*halia dalam seinci

- sotong 3-4 ekor
- cili api (ikut suka berapa banyak)
- sos tiram

Cara Masak:
1. Tumis bahan bertanda *.Bahan-bahan tanda * ditumbuk kasar.
2. Agak elok garing, masukkan sotong kacau2 kejap.
3. Masukkan sos tiram kacau2 lagi,
4. Kalau nak berkuah letaklah air, kalau xnak pun ok sbb sotong kluarkan air jugak.
5. Campakkan cili api seketul.. nak pedas sila hiris. Sedap juga kalau campakkan capsicum hiris tp I xde maka apa yg korang nampak tu jelah eh.. Siappp sedap makan dgn nasi panas2. Xyah lauk lain dah... sbb x pedas jadi anak2 sama berebut makan..






Ayam Kicap versi I

Bahan-bahan
*bawang merah 3-4 ulas
*bawang putih 2-3 ulas
*halia setgh inci

- ayam potong ikut suka
- sos tiram
- kicap lemak manis
- bawang hiris
- cili besar
- rempah 3sekawan

Cara Masak
1. Tumis rempah 3sekawan, lepas tu masukkan bahan * yg dah ditumbuk kasar.
2. Kemudian masukkan ayam yg dah siap digoreng separuh masak. Ikutlaa nak half cook ker grg garing ker terpulang
3. Kacau2 sebati lps tu masukkan sos tiram dgn kicap. Banyak mana ikut suka masing. I masak xde sukatan, Main campak jer. Biasa I letak sos tiram banyak sbb nak pekat sket dan air I letak sket jer. Anak3 suka begitu. Tak suka sangat kuah cair.
4. Dah sebati semua masukkan bawang dgn cili potong. Garam letak sket, dah didih cantik siappp.









hahahhaa nie pun nak share ker :p cara I senang jer. tepugn gandum, bawang hiris dgn ikan bilis tumbuk2 kasar. cubalah sedapp. kadang I masukkan hirisan kobis jadi dia rangup. nak letak carot or kucai pun boleh. Ikut selera masing yg penting bilis kena tumbuk kasar. garam jgn lupa yer...


Oraits cukupla share 3resepi campak campak my version. Nak jugak share padahal org lain tau jer nak masak camne hihii tp nie version I laa kan. Kalau merajin nanti I share yg lain. Biasa update kat ig jer senang tp cde resepi laa. Nie pun angin kuskus bertiup maka I rajin sekejap update blog. Babaiiiiii


Friday, November 14, 2014

Parut

Bila anak2 bermain dan bergurau berlebih2an ini lah jadinya.. hope jadi pengajaran pada diaorg. Masa kena hari tu 18 oct.. now Alhamdulillah cuma tinggal parut jelah. Gambar bawah tu amik masa 8 nov baru2 nie.. kesian Arisa laa.. tau2 menangis pegang dahi tgn penuh darah. Panik sekejap, tgk2 dan luka besar. Syukur papa ada masa tu.. baru balik dr korea 2hr sebelumnya.. hai laa anak.Skrg kita sapu serum bio oil.. hopefully parut hilang.. awal2 Arisa taknak amik gambar pun huhuhu.. Skrg dah lincah macam biasa dah.. sel2 otak sentiasa bersambung katanya..


Add caption








Thursday, November 6, 2014

Sahabat #o13sedapest

Takde apa nak bgtau.. saje suka. Nak share gambar dgn sahabat maya yg kini jadi sahabat dunia akhirat insyaAllah. Owh ada 2org sahabat yang I kenal masa sama2 duduk japan dulu. Ada 13org  lg 3 tak datang.. nie gathering yg ntah keberapa kali tak ingat.. #o13sedapest