Sunday, March 13, 2011

EarthQuake hits Japan

Jumaat yg lepas kita semua dikejutkan dgn berita jepun dilanda gempa bumi 8.9 pada skala ritcher melanda pantai timur Honshu.. lepas tuh pulak ada gegaran susulan 7.4 skala ritcher.. walaupun tmpt yg kena adalah jauh dr tmpt yg pernah I duduk dulu tp kejadian nie tetap terkesan dihati.. sedih mengenangkan nasib rakyat jepun disana.. tak terbayangkan kesengsaraan yg mereka hadapi skrg tambahan pula masih ada rakan2 yg I kenali masih menetap di Jepun.. semuanya berlegar2 dlm kepala smpaikan I terpaksa berhenti tgk tv dan buka fb sbb jantung berdegup kencang sangat. Semoga rakan2 ku sentiasa dlm peliharaanmu Ya Allah.. gambar2 nie I amik dr ehsan Berita Harian .


Peta tenaga oleh National Oceanic and Atmospheric Administration(NOAA) menunjukkan anggaran kekuatan tsunami di Kepulauan Pasific berikutan gempa bumi bermagnitud 8.9 yg melanda timur laut Jepun - Photo Reuters


Pandangan udara memperlihatkan keadaan tsunami yg melanda Lapangan Terbang Sendai, selepas gempa bumi berukuran 8.9 magnitud melanda Jepun - Foto Reuters

Hampir seluruh bandar Minamisanriku, Miyagi bertukar menjadi 'padang jarak padang terkukur' apabila musnah dibawa tsunami - Foto Reuters/Kyodo


Gempa bumi mengakibatkan gelombang tsunami ketika melanda Pelabuhan Oarai, Jepun - Foto AP


Kenderaan yg dihanyutkan banjir tsunami - Foto AP



Pastinya kejadian ini memberi kesan dan trauma kepada mangsa2 tsunami pada thn 2006.. juga kepada kita semua. Semoga kita sentiasa dilindungi - Nya.. Amin.



No comments:

Post a Comment