Tuesday, November 18, 2014

Masak Campakcampak

Rajin pulak nak share beberapa masakan yg I biasa masak. Senang2 jer semuanya.. campak campak campak. Tara siapppppp.






Sotong Masak Halia

Bahan-bahan
*bawang merah dalam 3-4 ulas
*bawang putih 2-3 ulas
*halia dalam seinci

- sotong 3-4 ekor
- cili api (ikut suka berapa banyak)
- sos tiram

Cara Masak:
1. Tumis bahan bertanda *.Bahan-bahan tanda * ditumbuk kasar.
2. Agak elok garing, masukkan sotong kacau2 kejap.
3. Masukkan sos tiram kacau2 lagi,
4. Kalau nak berkuah letaklah air, kalau xnak pun ok sbb sotong kluarkan air jugak.
5. Campakkan cili api seketul.. nak pedas sila hiris. Sedap juga kalau campakkan capsicum hiris tp I xde maka apa yg korang nampak tu jelah eh.. Siappp sedap makan dgn nasi panas2. Xyah lauk lain dah... sbb x pedas jadi anak2 sama berebut makan..






Ayam Kicap versi I

Bahan-bahan
*bawang merah 3-4 ulas
*bawang putih 2-3 ulas
*halia setgh inci

- ayam potong ikut suka
- sos tiram
- kicap lemak manis
- bawang hiris
- cili besar
- rempah 3sekawan

Cara Masak
1. Tumis rempah 3sekawan, lepas tu masukkan bahan * yg dah ditumbuk kasar.
2. Kemudian masukkan ayam yg dah siap digoreng separuh masak. Ikutlaa nak half cook ker grg garing ker terpulang
3. Kacau2 sebati lps tu masukkan sos tiram dgn kicap. Banyak mana ikut suka masing. I masak xde sukatan, Main campak jer. Biasa I letak sos tiram banyak sbb nak pekat sket dan air I letak sket jer. Anak3 suka begitu. Tak suka sangat kuah cair.
4. Dah sebati semua masukkan bawang dgn cili potong. Garam letak sket, dah didih cantik siappp.









hahahhaa nie pun nak share ker :p cara I senang jer. tepugn gandum, bawang hiris dgn ikan bilis tumbuk2 kasar. cubalah sedapp. kadang I masukkan hirisan kobis jadi dia rangup. nak letak carot or kucai pun boleh. Ikut selera masing yg penting bilis kena tumbuk kasar. garam jgn lupa yer...


Oraits cukupla share 3resepi campak campak my version. Nak jugak share padahal org lain tau jer nak masak camne hihii tp nie version I laa kan. Kalau merajin nanti I share yg lain. Biasa update kat ig jer senang tp cde resepi laa. Nie pun angin kuskus bertiup maka I rajin sekejap update blog. Babaiiiiii


1 comment: