Friday, November 16, 2012

Aiman's party day & sports day

Bertangguh-tangguh nak siapkan entry nie padahal bukanlaa ada gambar ribu-ribu keping pun nk kena upload. Malas yang lebih, itu sbb blog manjang tak berupdate. Jumaat hr tuh last day sekolah. Tadika aiman macam biasa buat party & sport day. Takdelaa graduation day ker naik pentas ker mcm kebanyakkan tadika2 lain.. sempoi jer tadika nie, tp time membayar takde pulak sempoi jer I tgk bil dia.. hmmm tak kisah, janji budak-budak gembira dgn aktiviti diaorg.. gembira dgn hari2 terakhir sebelum masuk tahun 1 thn depan. Gambar banyak kat luar jer.. gambar dalam kelas & video diaorg nyanyi dalam hp MG, tak ingat nk transfer jadi terimalah seadanya..





Donuts untuk dibawa ke party Aiman. Gebu2 donuts nie, sedap pulak tu. Senang jer, defrostkan mlm tu, bangun awal pagi kita grg kan terus. Begitulah kalau dapat mommy rajin macam I nie.. yg penting kekanak suka.


Kami yang masih segar diawal pagi serta kesangapan sbb tak cukup tido.. sian kt Arisa dgn Zara laa, tido dhlaa lambat pulak kena bangun awal.. mendalaa abg korang nie. Tak nyempat2 tp sampai sekolah apa pun tak start lagi..


Breakfast dgn kawan2 masa nie, makan food yg dibawa dari rumah. Masa nielah memasing nak menunjuk2 apa yang diaorg bawak. Kemain bangga Aiman tunjuk donuts dia.. pulak ramai yg suka makan. Adik-adik tumpang makan sekali, senang hati Zara dapat makan.. pandai Aiman jaga adik dia, amikkan makanan.. suruh adik duduk. Kitaorg perati jer.. elok behave pulak. Kalau kat rumah memasing...


Lepas makan diajaknya bebudak nie bermini suka. Perghhh risau I kalau diaorg nie muntah terbelahak, yelah baru pas makankan.. kang tak lalu nk nengok jer muntah melambak2.. tp diaorg semua behavelaa. Dek nk mencapai kegembiraan tahap maksimum, memasing rilek jer main sakan. Masa nie I dgn MG dok perati jer kan Aiman.. agak2 tgk group dia kalah mulalaa dia nak mengempan marah2 kawan2 dia. Pulak tuh kawan2 dia redho jer kena marah, ehh kita pulak yg geram tgk dari jauh.


Next game tau apa Aiman buat?? Dia dok depan sekali.. dia pastikan group dia tak kalah lagi.. menang ler pulak, pastu menang lagi, menang lagi. Teacher dia pulak masa nk kasi group soh que pastu kira 1,2  sedang eloklaa group Aiman mmg geng2 dia jer.. tuh kalau kalah seperti sebelum2 nie mmg muncung sedepa pastu boleh dia tak join games tuh.. berbulu oiii.. 



Masa games Arisa tak join sbb Aiman dh warning awal2 soh adik dia dok tepi. Itu yg dok tepi pagar jer Adik dia, sian pulak nengoknya. Dulu Arisa ada join pastu Arisa dok dlm group Aiman.. jawabnya very the slow kann.. bebulu si abg sbb manjang kalah jer. Ada sekali tuh diaorg kena usung balak, nk tercampak Arisa, Aiman lari laju sangat. Seriau tgk, datang muka elok2 cantik sekali balik muka calar balar... pheww. Part paling best masa kitaorg tgh tunggu Aiman beraktiviti, selamba jer Arisa ckp kt I, yg taik dia dh keluar. Ggrrrrr... haihlaa Arisa oii, bikin spoil jer tau. Mohlaa kita ke toilet cuci, tabah jer I. Dh nk buat camno, takkan nk marah pulak dh org tuh nk berak T_______________T *nangesdalamhati*



Habis aktiviti dalam pukul 11, badan pun dah penat perut pun dah lapar. I cakap kt MG jom g Salam(kedai mamak kesayangan penduduk BS nie) tak kose mak nk masak2 weii. Siap plan dgn anak2, sampai rumah kita mandi tau pastu nanti mummy bentang toto kita tido depan tv. MG berbulu jer sbb member amik halfday jer.. kenalaa siap2 g opis pas makan. Tulah sape soh tak cuti teruskannnn tp sampai rumah I yang terbongkang dulu, budak-budak sket pun tak heran nk rest ker tido ker.. mana dapat energy ntah..


Baca komik kemain rajin, sampai tak lepas mata tgk komik tuh. Geram jer tgk.. kang kalau suruh buat maths ker dan2 tuhlah tetiba mengantuks..


Berakhirlaa pembelajaran Aiman dekat Tadika Ceriakawan. Alhamdulillah banyak yang Aiman improve masuk ke sekolah sini. Boleh baca dalam bahasa,b.inggeris & mandarin.. skrg persediaan untuk masuk tahun 1 ke SRKJC.. kitaorg hantar Aiman ke sekolah cina. Dekat2 area rumah jugak.. mmg itu perancangannya. Semoga Aiman dapat sesuaikan diri dgn sekolah baru, kawan2 Aiman pun ramai juga yg masuk sekolah yang sama. Harap2 dapat kelas yang sama.. kalau tak pun ok jer, tambah lagi kawan baru yer dak. good luck Aiman, good luck mummy jugak.. sementara cuti panjang nie marilaa kita lapangkan fikiran.


No comments:

Post a Comment